Bapa Zur Eda meninggal dunia
BAPA kepada penyanyi Zur Eda, Mokhtar Mohd Noh, 78, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 6.30 pagi hari ini.
Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh penyanyi berusia 55 tahun itu menerusi Instagram dan turut mendoakan supaya Allahyarham bapanya tenang serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Al-Fatihah buat abah. Ya ALLAH, Kau ampunkan lah segala dosa-dosa abah, Kau tempatkannya dia dalam kalangan ahli syurga. Kau angkatlah rohnya ke syurga Mu tanpa hisap.
"Moga abah tenang di sana. Abah dah tak sakit lagi," luah penyanyi yang terkenal dengan lagu Kelmarin.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda kira-kira jam 12 tengah hari.
Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmPelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
19 April 2024 05:10pmAda penduduk sempat kutip beras
19 April 2024 02:22pmPelajar maut rentas desa: Pihak guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman
19 April 2024 05:53pmPuluhan kampit beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah
19 April 2024 11:38am