Geng Syed Saddiq minta maaf kepada Petronas

Paparan Twitter Team Saddiq.
Paparan Twitter Team Saddiq.
A
A
A

KUALA LUMPUR - “Terima kasih singgah stesen Petronas, tapi jangan guna telefon berdekatan pam minyak,” demikian teguran syarikat pengeluar minyak nasional kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pasukannya.

Hari ini dalam satu foto yang dikongsikan akaun Twitter @teamsaddiq kelihatan Menteri Belia dan Sukan itu sedang mengisi minyak kereta di salah sebuah stesen Petronas dalam perjalanannya ke Cameron Highlands.

Menerusi foto yang dikongsikan kelihatan Ahli Parlimen Muar itu sedang berdiri mengisi minyak kereta miliknya dengan coretan, menteri memandu sendiri boleh ‘claim’ minyak tak? Menuju ke Cameron Highlands sebagai Ketua Pemuda Harapan tanpa jentera kerajaan

Susulan tindakan itu, Petronas Brands telah membalas ciapan itu dengan kiriman nasihat.

Teguran Petronas Brands itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran berkenaan dan menyifatkannya sebagai mengundang bahaya.

Malah, ada segelintir netizen yang turut memuat naik gambar papan tanda larangan penggunaan telefon sebagai respon terhadap teguran Petronas Brands itu.

“Terima kasih singgah stesen Petronas. Walau bagaimanapun, keselamatan tetap diutamakan.

“Jangan guna telefon berdekatan pam minyak ya. Terima kasih juga kepada semua yang sangat prihatin,” tulis pengendali Twitter Petronas tersebut.

Artikel Berkaitan:

Setelah foto dan nasihat itu tular, @teamsaddiq membalas ciapan nasihat daripada syarikat pengeluar minyak nasional itu dengan memaklumkan gambar tersebut dirakam menggunakan kamera bukannya telefon bimbit seperti dianggap.

“Minta maaf admin (Petronas Brands). Kami ambil gambar guna kamera hihi,” balasnya.