X

Kindly register in order to view this article
!

Kevin Zahri ajak orang ramai bersenam

Kevin berkongsi senaman yang boleh dilakukan di ruang tamu sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Foto: Instagram Kevin Zahri
A
A

PERINTAH Kawalan Pergerakan bermula Rabu lalu mungkin memberi implikasi kepada orang ramai apatah lagi kurang pergerakan fizikal yang boleh dilakukan seperti berekreasi di taman atau bersenam di gimnasium.

Bagaimanapun bagi selebriti kesihatan dan kecergasan tanah air, Kevin Zahri, arahan itu bukanlah bermakna ia mengekang aktiviti harian masyarakat, sebaliknya terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan dengan hanya berada di ruang tamu sendiri.

Katanya, bagi mendedahkan kepentingan menjaga kesihatan sepanjang perintah berkenaan, beliau telah menganjurkan kelas senaman fizikal melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Berikutan penularan wabak Covid-19 yang mewajibkan langkah penjarakkan sosial diambil serta kawalan pergerakan setiap individu, masyarakat tidak dapat melakukan aktiviti senaman serta kecergasan di luar rumah.

“Oleh itu, saya mula melakukan sesi ‘Live Home Workout’ selama 30 minit di laman Facebook dan Instagram yang dibawakan secara langsung kepada para penonton,” katanya di Instagram miliknya.

Kevin berkongsi senaman yang boleh boleh dilakukan di ruang tamu sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Foto: Instagram Kevin Zahri
Kevin berkongsi senaman yang boleh boleh dilakukan di ruang tamu sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Foto: Instagram Kevin Zahri

Menurutnya, program senaman santai ini mendapat sambutan yang baik dari para penonton dan turut menerima maklum balas dari penonton yang dari luar negara seperti Singapura, Brunei dan Amerika Syarikat (AS).

“Kawalan pergerakan bukan alasan untuk duduk diam di katil dan menonton TV selama 24 jam yang akan membawa kepada masalah lain.

“Buat yang sedang bercuti tanpa melakukan apa-apa di rumah, pergerakan badan yang terhad akan menjejaskan rutin pembakaran kalori harian lalu mengundang risiko kenaikan badan dan perasaan stres (tekanan).

“Atas sebab ini juga amatlah penting untuk kita bersama tingkatkan kecergasan. Penting juga untuk seseorang mengenalpasti keadaan sekeliling dan untuk tidak menyerah diri pada keadaan,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik itu, beliau berkongsi beberapa pergerakan dan senaman ringan yang boleh dilakukan di rumah sendiri yang turut disertai anak-anaknya.

Dalam pada itu, beliau juga turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengaktifkan diri sebaik yang mungkin serta mengamalkan pemakanan yang sihat terutamanya apabila menghabiskan masa di rumah.

Almost #stayathome #covid19homeworkout

A post shared by Kevin Zahri (@kevinzahri) on Mar 22, 2020 at 4:04am PDT