Hanya lapan orang dalam lif HTAR

Gambar kiri: HTAR hadkan kemasukan dalam lif kepada lapan orang. Gambar kanan: HTAR hadkan kemasukan dalam lif kepada lapan orang.
Gambar kiri: HTAR hadkan kemasukan dalam lif kepada lapan orang. Gambar kanan: HTAR hadkan kemasukan dalam lif kepada lapan orang.
A
A
A

KLANG - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengehadkan jumlah kemasukan individu di dalam lif kepada lapan orang bagi mengekalkan jarak sosial untuk mengekang wabak koronavirus (Covid-19).

Dalam kenyataan di Facebook rasminya, semua kakitangan dan pelawat hospital perlu mengikuti saranan tersebut.

"Untuk makluman semua kakitangan dan pelawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, selepas ini hanya 8 orang sahaja dibenarkan menggunakan lif dalam satu masa bagi menggalakkan jarak sosial (social distancing) di dalam lif.

"Kita lawan Covid-19 bersama-sama," tulisnya.

Pengumuman ini disambut baik pelawat hospital dan berharap langkah itu dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Netizen dikenali Talha berkata, laksanakan apa cara terbaik agar wabak ini dihapuskan.

"Buat apa saja untuk kita hapuskan wabak ini di bumi tanah tumpah darah ku ini. Insya-ALLAH mudah-mudahan dengan sokongan padu kalian semua," katanya.

Kata Zena pula, "Mereka boleh gunakan tangga juga kerana ia bagus untuk senaman dan kesihatan."

Artikel Berkaitan:

Rfah Hjt pula berpendapat, langkah itu adalah idea yang terbaik bagi membendung wabak Covid-19.