MPKL perketat kawalan pergerakan di pasar awam

Mohamad Zain A Hamid
Mohamad Zain A Hamid
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi urusan pembelian barangan keperluan di pasar awam di daerah ini.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, langkah itu diambil untuk mengelakkan kepadatan di semua pasar awam di daerah ini sekali gus mengelakkan berlakunya penyebaran wabak koronavirus (Covid-19).

"Hanya satu pintu pagar dibuka dan seorang wakil bagi sebuah keluarga dibenarkan masuk untuk membeli barangan keperluan.

"Setiap pembeli harus memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter daripada pembeli lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zain berkata, pembeli juga tidak digalakkan mengerumuni meja jualan manakala peniaga dan pembeli digalakkan untuk memakai sarung tangan dan topeng muka.

"Kenderaan awam juga tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan Pasar Awam Banting.

"Orang ramai diminta mematuhi arahan ini bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil," katanya.

Artikel Berkaitan: