Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada awal dagangan

No Image Caption
A
A
A

RINGGIT dibuka mengukuh berbanding dolar AS hari ini berikutan pemulihan minat belian terhadapnya.

Pada jam 9.01 pagi ini, ringgit berada pada 4.4270/4370 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4480 sewaktu ditutup semalam.

Ketua Strategis Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata pelabur kecewa dengan tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang tidak memberi sebarang pemulihan pasaran yang ketara apabila pasaran ekuiti terus bergelut untuk meningkat semula manakala prestasi dolar AS terus negatif.

"Kita mungkin melihat kenaikan jangka pendek susulan rangsangan Fed yang membantu sentimen global. Selain itu, harga minyak turut meningkat sedikit berikutan kemungkinan sokongan OPEC dan AS terhadap harga minyak.

“Saya berpendapat bahawa dagangan minyak itu dijalankan secara bertahan dan masih diasak tekanan hebat kerana keadaan ekonomi domestik,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Fed berkata, ia berkemungkinan membeli sejumlah besar kertas Perbendaharaan dan sekuriti yang disokong oleh gadai janji.

Sementara itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0397/0482 daripada 3.0474/0543 pada Isnin, naik berbanding yen kepada 4.0078/0179 daripada 4.0290/0374 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.1340/1474 daripada 5.1619/1730.

Artikel Berkaitan:

Ringgit bagaimana pun susut berbanding euro kepada 4.7816/7942 daripada 4.7539/7634. - Bernama