Banjir: Lima keluarga dipindahkan di Alor Gajah

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Seramai 18 orang daripada lima keluarga dipindahkan di Alor Gajah dekat sini akibat banjir sehingga jam 8 pagi tadi, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah Kapten (PA) Aljibin Suddin.

Aljibin yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah berkata, 13 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Balai manakala lima mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Tambun.

"Hujan lebat selama beberapa jam bermula dari jam 4 petang semalam mengakibatkan parit dan longkang dipenuhi air dan melimpah.

"Jumlah mangsa masih dalam proses pendaftaran. Cuaca hari ini baik dan cerah," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: