48 kontak rapat Jackie Wong disahkan negatif Covid-19

Paparan Instagram Jackie Wong yang memaklumkan berita gembira tersebut.
Paparan Instagram Jackie Wong yang memaklumkan berita gembira tersebut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesemua 48 kontak rapat atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang terdiri daripada jurulatih, pegawai dan atlet disahkan negatif Covid-19.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Jackie melalui akaun Instagramnya @jackie_wongsc.

"Berita yang amat menceriakan saya. Seramai 48 pegawai, jurulatih dan atlet yang kontak rapat dengan saya sebelum ini, telah disahkan negatif Covid-19.

"Dengan ini, saya boleh sahkan bahawa saya telah dijangkiti Covid-19 selepas saya balik ke kampung (11 Mac) manakala ayah saya disyaki ketika menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Sibu bersama dengan peserta perhimpunan tabligh pada 2 Mac," katanya dalam entri Instagram beliau.

Pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina 2019 itu menjadi atlet pertama negara disahkan positif Covid-19 dan kini dikuarantin di Hospital Sibu, Sarawak.

Sebelum ini, kesemua kontak rapat Jackie menjalani kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) selama seminggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan selepas MSN ditutup kepada orang ramai sehingga 31 Mac ini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet, pegawai punyai kontak rapat dengan Jackie dikuarantin

A post shared by Jackie Wong (@jackie_wongsc) on