Ustaz Ebit dakwah golongan mak nyah

- Foto Instagram Ebit Lew
A
A

USTAZ Ebit terus komited aktiviti dakwahnya. Dan kali ini destinasi dakwahnya ke Seberang laut, dengan memilih Sandakan, Sabah bersama golongan transgender dan juga maknyah di sana.

Menerusi Instagram (IG) miliknya itu, program dakwahnya disertai kira-kira 50 orang dari golongan tersebut.

"Syukur sudah seminggu, sebahagian mereka solat Maghrib, Isyak dan Subuh serta duduk mendengar kuliah kami.

"Pukul 4 pagi mereka sudah sampai masjid. Ya ALLAH sedihnya... Kata mereka kali pertama makan dalam dulang. Betul-betul terasa sehingga ke hati. Lebih syahdu waktu rehat tengah hari perbualan mereka sesama mereka cerita adab masjid dan adab sunnah yang lain (yang) baru dipelajari.

"Bila cerita agama sampai menangis sampai masuk bawah kerusi," tulisnya.

Kongsinya lagi, dalam ramai-ramai yang mengikuti program dakwahnya itu, ada juga istiqamah dan ingin berubah.

"Ada empat orang yang istiqamah datang duduk bersama kami solat berjemaah. Siapa sangkakan... Masing-masing rindu untuk dekat pada, ALLAH," tulisnya lagi.

Perkongsiannya itu, menarik perhatian netizen dan terus menyokong agar program dakwah itu diteruskan.

"Alhamdulillah moga ramai lagi yang akan ke pangkal jalan termasuk safiey dan sajat," tulis mohdrakime.

"Semoga semua urusan ustaz dimudahkan oleh ALLAH S.W.T," tulis khadizah_kamsani.

"Nangis aku tengok Ustaz Ebit peluk lelaki itu.. Ya Allah. Ampunkan dosa kami.. Betapa untungnya kami ada insan yang megambil berat tentang dakwah," tulis rafiksolutions.

"Syukur pada ALLAH... Ada insan seperti ustaz yang boleh bimbing golongan ini pulang ke pangkal jalan... Kesian tengok adik-adik ini... Bukan dipinta jadi begini... Mohon ALLAH permudahkan segalanya," tulis nonarosabdullah.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia