Seorang maut insiden letupan gas di apartmen Rusia

Letupan gas di bangunan apartmen di Rusia meragut satu naywa. - FOTO RFE/RL
Letupan gas di bangunan apartmen di Rusia meragut satu naywa. - FOTO RFE/RL
A
A
A

ROSTOV - RUSIA. Satu insiden letupan gas dilaporkan memusnahkan sebuah blok apartmen sembilan tingkat di utara Rusia dan mengakibatkan seorang wanita maut, manakala empat lagi masih hilang, kata pihak berkuasa.

Menurut Kementerian Situasi Kecemasan, letupan di bandar Shakhty terletak di wilayah Rostov pada awal hari ini memusnahkan empat apartmen di dua tingkat teratas bangunan terbabit.

Gabenor wilayah Rostov, Vasily Golubev pula berkata, dua mangsa yang dikejarkan ke hospital berada dalam keadaan kritikal.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 120 petugas sedang giat dilakukan di lokasi kejadian, lapor agensi berita TASS.

Laporan penyiasat berkata, insiden terjadi berikutan letupan gas dan siasatan jenayah berhubung kes terbabit telah dibuka.

Dalam pada itu, Presiden Vladimir Putin menugaskan ketua wilayah untuk memberi bantuan sepenuhnya kepada mangsa.

Insiden tersebut menyerupai insiden yang berlaku di bandar Magnitogorsk, selatan Ural pada 31 Disember tahun lalu, apabila satu letupan gas meruntuhkan sebahagian bangunan 10 tingkat dan mengorbankan 39 nyawa. - www.rferl.org

Artikel Berkaitan: