X

Kindly register in order to view this article
!

Stesen minyak di Pahang tutup 7 petang hingga 7 pagi

Dr Sallehuddin
A
A

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang memutuskan semua premis perniagaan di negeri itu yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan diarah tutup bermula jam 7 petang hingga 7 pagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, ia termasuk stesen minyak, kedai serbaneka di stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam dan khidmat pandu lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, arahan penutupan itu berkuat kuasa esok hingga sehingga 31 Mac ini atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.

"Keputusan ini mengambil kira perkembangan semasa penularan koronovirus (Covid-19) dan langkah untuk mengekang wabak itu.

"Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) hendaklah mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan arahan ini dipatuhi," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini kerajaan negeri memutuskan semua premis perniagaan termasuk kedai serbaneka 24 jam dan khidmat pandu lalu di enam daerah, Kuantan, Temerloh, Bentong, Pekan, Jerantut dan Cameron Highlands diarah tutup bermula jam 7 petang hingga 7 pagi manakala semua kedai serbaneka di stesen minyak diarah ditutup dari jam 10 malam hingga 6 pagi kecuali perkhidmatan isian minyak yang dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen premis sedia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada operasi perniagaan di 5 daerah di Pahang 7 malam hingga 7 pagi