Perintah Kawalan Pergerakan: Stesen minyak di Pahang tutup 7 petang hingga 7 pagi

Dr Sallehuddin
Dr Sallehuddin
A
A
A
KUANTAN- Kerajaan Negeri Pahang memutuskan semua premis perniagaan di negeri ini yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan diarah tutup bermula jam 7 petang hingga 7 pagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, Ia termasuk stesen minyak, kedai serbaneka di stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam dan  khidmat pandu lalu.

Menurutnya, arahan penutupan itu berkuasa esok hingga sehingga 31 Mac ini  atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.

"Keputusan  ini mengambil kira perkembangan semasa penularan koronovirus (Covid-19) dan langkah untuk mengekang wabak itu.

"Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan arahan ini dipatuhi,"katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Artikel Berkaitan:


Sebelum ini kerajaan negeri memutuskan semua premis perniagaan termasuk kedai serbaneka 24 jam dan khidmat pandu lalu di enam daerah, Kuantan, Temerloh, Bentong, Pekan, Jerantut dan Cameron Highlands diarah tutup bermula jam 7 petang hingga 7 pagi manakala semua kedai serbaneka di stesen  minyak diarah ditutup dari jam 10 malam hingga 6 pagi kecuali  perkhidmatan isian minyak  yang dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen premis sedia.