61 peratus wanita terkaya di dunia dari China

Laporan Hurun. - Foto Sumber Internet
Laporan Hurun. - Foto Sumber Internet
A
A
A

BEIJING - China berjaya melahirkan 61 peratus usahawan wanita bergelar jutawan memiliki kekayaan melebihi AS$1 bilion, naik empat peratus tahun ini menurut senarai 100 jutawan wanita dari 16 buah negara berdasarkan senarai yang dikeluarkan Hurun baru-baru ini.

Hurun ialah sebuah organisasi yang menyenaraikan individu terkaya di dunia.

China jauh mengatasi Amerika Syarikat yang berada di tempat kedua dan United Kingdom ketiga, masing-masing 19 dan enam jutawan wanita, lapor agensi berita Xinhua.

Zhong Huijuan, seorang usahawan China berusia 59 tahun memulakan syarikat farmaseutikal tanpa sebarang pengalaman kini bergelar wanita terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai 106 bilion yuan (kira-kira AS$15.1 bilion).

Senarai itu juga mendedahkan sembilan daripada 10 wanita terkaya di dunia adalah dari China. - Bernama

Artikel Berkaitan: