Boleh tentukan tarikh PRK Semenyih tanpa ahli suruhanjaya

Azhar Azizan Harun - Foto Sharifudin Abdul Rahim
Azhar Azizan Harun - Foto Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Azhar Azizan Harun berkuasa untuk menentukan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih yang bakal diadakan, walaupun tanpa kehadiran ahli-ahli suruhanjaya yang lain.

Azhar, ketika mendedahkan perkara itu berkata, SPR juga tidak perlu mengadakan mesyuarat untuk memutuskan tarikh pilihan raya dan tarikh-tarikh penting lain yang berkaitan dengan pilihan raya kecil berkenaan.

"Tidak perlu mengadakan mesyuarat. Hanya perlu membuat keputusan. Sekiranya ada ahli-ahli yang lain, maka sudah tentulah majoriti ahli suruhanjaya mesti bersetuju (dengan penetapan tarikh pilihan raya itu).

“Tetapi jika hanya ada saya seorang, saya akan buat keputusan," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program siaran langsung bual bicara "The Nation" menerusi saluran BNC di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia terdiri daripada tujuh ahli termasuk pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli suruhanjaya. Pelantikan mereka diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. - Bernama

Artikel Berkaitan: