Kementerian diseru bawa masuk banyak ayam halal ke Malaysia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) diseru untuk membenarkan lebih banyak syarikat mengeksport daging ayam halal ke pasaran Malaysia, kata Persatuan Promosi dan Ekonomi Perdagangan Asean-China (ACETP).

Pengerusinya, Datuk Ng Kek Kiong, berkata setakat ini, hanya ada satu perusahaan dari China yang dibenarkan mengeksport daging ayam ke dalam pasaran tempatan

"Ini menyebabkan monopoli dalam pasaran ayam yang diimport dari China, yang pastinya menjejaskan pengguna akhir disebabkan kekurangan persaingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ACETP telah menerima aduan daripada beberapa syarikat asing membabitkan kelewatan untuk menyiapkan permohonan eksport daging sejak 2015.

Syarikat asing dan rakan kongsi tempatan mereka juga melahirkan kekecewaan disebabkan keengganan MOA dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi memudahkan (DVS) proses permohonan mereka.

"Menurut sumber kami, terdapat lapan pemohon dari China yang telah memenuhi syarat-syarat awal audit sejak 2015 dan dijadualkan akan diproses oleh DVS tetapi sehingga kini, mereka belum lagi, diaudit atas alasan yang tidak munasabah daripada MOA," kata Ng.

Menurut persatuan itu, salah satu syarikat terbabit telah membelanjakan lebih daripada RM20 juta untuk membina semula rumah penyembelihannya bagi menempatkan kemudahan yang mematuhi peraturan MOA.

"Kelewatan dalam permohonan telah menjejaskan kewangan syarikat dan reputasinya dengan rakan kongsi tempatan, ini mengakibatkan kerugian pada sepanjang permohonan itu berjalan," kata ACETP. - Bernama

Artikel Berkaitan: