Liverpool berhak julang trofi Liga Perdana Inggeris

Wayne Rooney. - Foto Reuters
Wayne Rooney. - Foto Reuters
A
A
A

“LIVERPOOL berhak bergelar juara EPL,” itu reaksi jujur bekas kapten England yang juga bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Ia berhubung polemik yang melanda ketika ini khususnya bagi menentukan pasukan yang layak merangkul trofi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Rooney berkata, di sebalik penularan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini yang menyaksikan siangan EPL terpaksa ditunda, tidak seharusnya menjadi penghalang buat skuad The Reds itu menjulang trofi EPL pertama mereka sejak 30 tahun lalu.

Malah menurutnya, sebarang penafian untuk Liverpool menjulang trofi EPL musim ini pastinya satu ketidakadilan atas pencapaian cemerlang dan paling ‘menakjubkan’ di sepanjang musim ini.

“Penangguhan saingan EPL sehingga Jun depan atau mungkin berlanjutan atas krisis kesihatan dunia berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini turut membantutkan perjalanan liga bola sepak di seluruh dunia.

“Pada ketika ini, Liverpool hanya dipisahkan dengan hanya dua kemenangan untuk menjulang trofi EPL, sebelum saingannya dihentikan.

“Begitu juga dengan pasukan-pasukan seperti West Bromwich dan Leeds United yang sepatutnya kembali ke saingan EPL dan inilah antara sebab kukuh kenapa saingan musim ini perlu diteruskan,” katanya.

Sementara menerusi nukilannya di The Times, Rooney menyifatkan dunia pada ketika ini sedang berdepan dengan satu wabak yang cukup serius.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, wabak berkenaan secara tidak langsung turut melibatkan semua pihak termasuk individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sukan bola sepak.

“Dunia kini berdepan dengan sesuatu yang serius. Kita dalam arena bola sepak juga tidak terkecuali.

“Namun, bola sepak adalah apa yang orang selalu fikirkan, dan kali ini ia (bola sepak) perlu berehat. Krisis (kesihatan) kali ini adalah jauh lebih besar daripada permainan bola sepak,” katanya.