Almy Nadia giat turunkan berat badan

A
A

SELEPAS berkongsi rasa rendah diri dengan perubahan bentuk badannya yang semakin berisi setelah tiga kali bersalin, Datin Almy Nadia, telah berkongsi antara usahanya untuk menurunkan berat badan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Almy, 33, berkata, misi kurus harus diteruskan.

"Untuk hari ke-30 pantang, perjuangan harus diteruskan. Ya Almy Nadia kena kuat untuk kali ini.

"Nampak sedap (menu dalam gambar), tapi semua tak ada rasa ya. Nasi beras perang, ikan bawal stim halia tambah carrot tanpa perisa atau garam dan buah oren dikisar tanpa gula atau air," tulisnya.

Almy sebelum ini meluahkan rasa malu apabila suaminya, Datuk Fizz Fairuz memuat naik gambarnya yang kelihatan berisi sambil ketawa besar.

Bagaimanapun Fizz meminta Almy bertenang dan menyifatkan dia kini sudah jauh lebih kecil daripada gambar yang diambil.

Almy selamat melahirkan anak perempuan ketiganya yang diberi nama Nurafrina Ayra pada 16 Disember tahun lalu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia