Sempat lagi curi lembu!

Polis merampas lembu susulan penahanan tiga lelaki dalam serbuan di Kampung Tasik Hijau, Felda Sungai Tengi Selatan kelmarin.
Polis merampas lembu susulan penahanan tiga lelaki dalam serbuan di Kampung Tasik Hijau, Felda Sungai Tengi Selatan kelmarin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sekumpulan tiga lelaki mengambil kesempatan mencuri lembu ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam kejadian di Kampung Tasik Hijau, Felda Sungai Tengi Selatan kelmarin.

Semua suspek berusia 17 hingga 48 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menahan semua suspek berdasarkan maklumat daripada orang awam.

"Hasil penahanan tiga suspek terbabit, polis merampas 10 lembu, sebuah lori dan peralatan untuk mencuri lembu," katanya.

Ramli berkata, kejadian kecurian itu mengakibatkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM50,000.

"Semua suspek direman selama empat hari di Mahkamah Kuala Selangor dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Artikel Berkaitan: