Gaza catat dua kes pertama Covid-19

Para sukarelawan Palestin menyembur cecair pembasmi kuman di kem pelarian al-Shati di Gaza City bagi mencegah penularan wabak Covid-19. - Foto AFP
Para sukarelawan Palestin menyembur cecair pembasmi kuman di kem pelarian al-Shati di Gaza City bagi mencegah penularan wabak Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

GAZA CITY (Palestin) - Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan dua kes pertama koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

Kedua-dua kes itu disahkan positif selepas mereka kembali dari Pakistan, kata pegawai kesihatan, Yusuf Abo al-Reish hari ini.

Beliau berkata, kedua-duanya kini dikuarantin, mereka dikatakan menyeberangi sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir pada Khamis.

Sebelum ini, pihak berkuasa Palestin melaporkan 53 kes Covid-19 di Tebing Barat yang diduduki termasuk 17 pesakit telah sembuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: