Dr Mahathir negatif jangkitan Covid-19

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan negatif koronavirus (Covid-19) selepas dilaporkan menjalani kuarantin di rumah secara sukarela.

Menurut laporan The Star, keputusan kesihatan negarawan berusia 95 tahun itu dikongsikan oleh pembantu rapatnya pada Ahad.

"Ujian tersebut telah disahkan negatif namun beliau (Dr Mahathir) masih akan mengikuti protokol kuarantin selama 14 hari," kata pembantunya.

Ahli Parlimen Langkawi itu dipercayai menjadi kontak rapat Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang mendapat rawatan di Hospital Besar Sarawak.

Dalam satu klip eksklusif yang disiarkan Buletin Utama TV3 pada Khamis lalu, negarawan berusia 95 tahun itu memaklumkan sedang menjalani kuarantin sukarela.

Beberapa hari lepas, Dr Mahathir juga memuat naik nasihat kepada rakyat Malaysia supaya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menjangkiti orang lain.

Artikel Berkaitan: