X

Kindly register in order to view this article
!

Penumpang bas ekspres Jasmine Seremban-Kulim dicari

Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

ALOR SETAR - Penumpang yang menaiki bas ekspres Jasmine dari Terminal 1 Seremban, Negeri Sembilan ke Sungai Petani pada 16 Mac lalu diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dengan segera.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook pejabat kesihatan berkenaan, bas ekspres bernombor pendaftaran PLQ 9689 itu dilaporkan bergerak dari terminal berkenaan pada jam 8.30 malam.

Katanya, bas terbabit dilaporkan turut berhenti di beberapa lokasi termasuk Shah Alam, Ipoh, Kamunting, Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Kulim, Butterworth sebelum hentian terakhir di Sungai Petani.

Semua penumpang yang terlibat boleh menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim di talian 04-4949121 untuk tindakan lanjut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!