7,000 anggota tentera bantu PDRM

Norsham (kanan) memantau sekatan jalan raya di Bukit Jelutong hari ini.
Norsham (kanan) memantau sekatan jalan raya di Bukit Jelutong hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 7,000 anggota Tentera Diraja Malaysia (ATM) ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan koronaravirus (Covid-19).

Panglima Briged ke 11 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Norsham Md Tap berkata, daripada jumlah itu, seramai 540 anggota ATM membantu Polis Selangor bermula hari ini.

"Saya berharap kerjasama ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran masyarakat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan," katanya pada sidang media selepas meninjau sekatan jalan raya sempena Perintah Kawalan Pergerakan di Bukit Jelutong di sini, hari ini.

Norsham berkata, pihaknya juga membantu pasukan peronda polis (MPV) dalam rondaan di setiap daerah.

"Kita akan membantu anggota MPV untuk membuat rondaan, kita berharap usaha ini berkesan, ini bukan operasi membanteras musuh.

"Kita mahu nasihat rakyat jangan keluar rumah, duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini," katanya.

Artikel Berkaitan: