Covid-19: HTJ tidak pernah minta kakitangan kutip derma

HTJ menjelaskan tidak pernah membenarkan kakitangannya melaksanakan kutipan derma seperti mesej yang tular.
HTJ menjelaskan tidak pernah membenarkan kakitangannya melaksanakan kutipan derma seperti mesej yang tular.
A
A
A

SEREMBAN – Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, tidak pernah membenarkan kakitangannya membuat kutipan derma kononnya bagi membantu membeli makanan untuk pesakit koronavirus (Covid-19) yang dirawat di hospital itu.

Makluman itu dinyatakan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi hospital berkenaan hari ini susulan tular mesej yang kononnya ada kakitangannya menggunakan nama 'Musafar Khan' membuat kutipan derma bagi tujuan itu.

HTJ memberitahu mesej yang tular tersebut adalah scam dan pihak hospital tidak pernah membenarkan mana-mana anggota untuk melaksanakan kutipan derma.

Menerusi mesej berkenaan, individu terbabit memberitahu membantu pesakit Covid-19 yang sedang dikuarantin di HTJ dengan membeli barangan harian seperti lampin pakai buang, bedak dan buah-buahan.

“Ini atas usaha saya sendiri bukan dari pihak hospital atau pun persatuan. Bilangannya tidak sampai 10 pesakit.

“Kenapa saya bantu? Kerana waris pesakit tidak boleh berjumpa atau melawat. Jadi mereka terputus jalinan dengan manusia lain. Memang kesian.... sebab itu staf HTJ bantu apa termampu,” katanya.

Turut disertakan dalam mesej berkenaan ialah nombor akaun bank untuk orang ramai menderma.

Artikel Berkaitan: