Pengurusan kematian, pengebumian individu bukan Islam perlu permit pengecualian

x-default
x-default
A
A
A

KUANTAN - Pengurusan kematian dan pengebumian individu bukan Islam yang bukan disebabkan wabak koronavirus (Covid-19) atau penyakit berjangkit di negeri ini perlu mendapatkan permit pengecualian Perintah Kawalan Pergerakan daripada Ketua Polis Daerah.

Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, arahan itu berkuat kuasa mulai semalam sehingga 31 Mac ini atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.

Menurutnya, arahan yang terpakai di semua daerah itu turut menetapkan hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan hadir dan dihadkan tidak melebihi 10 orang.

"Hanya ahli keluarga yang benar-benar sihat dibenarkan mengiringi simati ke tanah perkuburan atau tapak krematorium.

"Upacara sembahyang mengikut agama atau adat hanya dibenarkan dilaksana di rumah dan perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang paling minima tanpa upacara perarakan," katanya melalui satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: