Perkeso bantu pencarum terjejas akibat Covid-19

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memberi bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 kepada pencarum yang terjejas akibat koronavirus (Covid-19).

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor, Mustafa Draman berkata, bantuan tersebut merupakan antara Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang dilaksanakan Perkeso.

"Bantuan ini layak kepada pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji oleh majikan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020 dalam tempoh 30 hari.

"Selain itu, pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan SIP, pekerja bergaji RM4,000 ke bawah juga layak menerima bantuan ini di mana majikan perlu membuat permohonan bagi pihak pekerja dan harus menyalurkan RM600 terus ke dalam akaun pekerja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, program tersebut tidak meliputi pekerja yang diberhentikan, pekerja sektor awam, bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk sambilan, pekerja asing dan pegawai dagang.

Tuntutan di bawah faedah SIP atau bantuan ERP boleh dibuat di mana-mana pejabat Perkeso berdekatan seluruh negara atau melalui permohonan dalam talian di laman sesawang www.perkeso.gov.my

Artikel Berkaitan: