Pesakit positif Covid-19, Hospital Pantai Laguna Merbok ditutup

Hospital Pantai Laguna Merbok ditutup selama dua hari untuk tujuan pembasmian kuman.
Hospital Pantai Laguna Merbok ditutup selama dua hari untuk tujuan pembasmian kuman.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Hospital Pantai Laguna Merbok di sini menerima kes pertama positif koronavirus (Covid-19) membabitkan seorang wanita berusia 30 tahun yang demam selepas melahirkan anak pada 18 Mac lalu.

Hospital terbabit dalam satu kenyataan berkata, mangsa sebelum ini tidak memberi maklumat semasa proses pemeriksaan di hospital itu dan dirawat mengikut prosedur biasa.

"Hasil keterangan lanjut mendapati wanita itu tinggal bersama ahli keluarga yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur serta telah diuji positif Covid-19.

"Pesakit kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar," kata kenyataan tersebut semalam.


Hospital Pantai Laguna Merbok di Sungai Petani ditutup selama dua hari bermula hari ini untuk tujuan pembasmian kuman.
Hospital Pantai Laguna Merbok di Sungai Petani ditutup selama dua hari bermula hari ini untuk tujuan pembasmian kuman.

Menurut kenyataan itu, berikutan itu, Hospital Pantai Laguna Merbok ditutup selama dua hari bermula hari ini bagi tujuan pembasmian kuman.

"Perkhidmatan klinikal akan disambung semula pada hari Selasa ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, semua kawasan yang dikunjungi pesakit segera dibasmi kuman mengikut garis panduan kawalan jangkitan yang ketat.

Artikel Berkaitan: