X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kerajaan Sarawak tutup sempadan negeri

Abang Johari Tun Openg.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Sarawak hari ini menamakan tujuh kawasan panas wabak koronavirus (Covid-19) di negeri itu iaitu Kuching, Serian, Betong, Sarikei, Bintulu, Miri dan Limbang.

Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, berikutan itu kerajaan negeri mengambil keputusan menutup semua sempadan negeri berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

"Hanya Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) antara Sarawak dan Brunei iaitu Sungai Tujuh, Tedungan, Pandaruan dan Mengkalap akan dibuka dari jam 6 pagi hingga 8 pagi.

"Semua CIQ antara Sarawak dan Kalimantan iaitu Tebedu, Biawak dan Lubok Antu akan dibuka antara 9 pagi hingga 3 pagi. Ini adalah selaras dengan waktu pembukaan dipersetujui Brunei dan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kerajaan negeri juga bekerjasama dengan hospital swasta berkaitan dengan pemeriksaan dan ujian terhadap jangkitan Covid-19.

"Perbincangan diadakan dengan Pusat Perubatan Borneo (BMC), Pusat Perubatan Timberland, KPJ dan Pusat Pakar Perubatan Normah.

"Ini untuk meningkatkan keupayaan kita untuk menangani keadaan ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada orang ramai untuk mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan.

"Kerjasama awam adalah penting. Jika tidak, jangkitan akan keluar dari kawalan. Orang ramai perlu mengikut nasihat pihak berkuasa dan hanya tinggal di rumah," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!