X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor kuat kuasa kawalan tambahan Perintah Kawalan Pergerakan

A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menguatkuasakan tindakan tambahan yang berkuat kuasa serta merta sehingga 31 Mac 2020.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan tambahan ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, tindakan tambahan ini dipersetujui dalam satu mesyuarat koordinasi Selangor gempur Covid-19 bersama yang dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai-pegawai daerah negeri Selangor semalam.

"Diharap pelaksanaan tindakan tambahan ini akan dipatuhi oleh seluruh rakyat di negeri ini," katanya.

Antara kawalan tambahan perkhidmatan yang perlu dipatuhi rakyat Selangor sepanjang tempoh ini adalah:

1. Bahan api dan pelincir

- Stesen minyak: Dibenarkan (kedai serbaneka dihadkan sehingga 12 tengah malam sahaja)

- Pengeluaran, penapisan, penyimpanan, pembekal atau kebenaran: Dibenarkan

- Pentadbiran am dan lain-lain: Dibenarkan beroperasi pada kadar minima atau bekerja dari rumah

2. Pembekalan dan perkhidmatan penyediaan makanan

- Restoran dan warung: Pembekalan bahan mentah, pembungkusan, penghantaran dan pandu lalu dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja

- Restoran dalam hotel: Makan di dalam tidak dibenarkan

- Penjaja kecil, kendera saji dan medan selera: Tidak dibenarkan

3. Peruncitan

- Pasar raya: Dibenarkan untuk bahagian peruncitan (groceries) dan makanan sahaja sehingga 12 tengah malam (Penghantaran dibenarkan dan bilangan pembeli setiap keluarga perlu dihadkan)

- Kedai runcit dan serbaneka: Dibenarkan sehingga 12 tengah malam (Penghantaran dibenarkan dan bilangan pembeli setiap keluarga perlu dihadkan)

- Pasar awam atau pasar borong: Dibenarkan dari jam 5 pagi hingga 4 petang (Penghantaran dibenarkan dan bilangan pembeli setiap keluarga perlu dihadkan)

- Pasar malam atau pasar tani: Tidak dibenarkan

4. Pembaikan kenderaan

- Perkhidmatan Pembaikan dan kedai alat ganti: Dibenarkan dari 9 pagi hingga 4 petang

- Perkhidmatan tunda (towing): Dibenarkan

5. Cucian

- Dobi, dobi layan diri: Tidak dibenarkan

- Pusat cucian kereta atau motosikal: Tidak dibenarkan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!