Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson agih topeng muka percuma

No Image Caption
A
A
A

PORT DICKSON – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson akan mengagihkan 1,000 set topeng muka, 1,000 botol sabun anti bakteria dan 1,000 botol cecair pembasmi kuman secara percuma kepada penduduk dan agensi di daerah tersebut.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan dilakukan dalam usaha menangani penularan koronavirus (Covid-19).

“Ia juga sebagai langkah kesedaran bagi mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan penularan wabak Covid-19 sekiranya terpaksa menjalankan tugasan luar.

“Selain itu sebanyak 500 paket bantuan keperluan asas kepada golongan asnaf, warga emas dan mereka yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Covid-19 ini juga akan diagihkan,”katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Selain itu katanya, dengan usahasama para sukarelawan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Teluk Kemang, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson turut menyediakan perkhidmatan menghantar barangan keperluan asas dan ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukan secara percuma.

Beliau berkata, untuk maklumat lanjut boleh menghubungi wakil Pusat Khidmat Rakyat di talian 018-2428536 (Boy Fadzrie).

Artikel Berkaitan: