Bridged Negaraku sumbang makanan bantu pelajar IPTS

Pelajar Kolej Teknologi Alpha terima sumbangan makanan
Pelajar Kolej Teknologi Alpha terima sumbangan makanan
A
A
A

SEREMBAN - Persatuan Bridged Negaraku memberi sumbangan makanan kepada seramai 70 pelajar Kolej Teknologi Alpha di sini, yang tidak dapat pulang ke rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan koronavirus (Covid-19).

Presidennya, Khairul Nizam Mohd Sopery berkata, sumbangan berkenaan khusus kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak.

“Barangan yang disumbangkan ialah sumbangan dari sebuah pasar raya dan jika ada pihak lain yang turut sudi menghulurkan bantuan, kita dapat beri kepada lebih ramai pelajar.

“Apa yang saya boleh maklumkan, ibu bapa jangan risau kerana anak-anak mereka berada dalam keadaan baik dan selamat,”katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, program seterusnya ialah di Kolej Universiti Linton di Mantin melibatkan seramai 50 pelajar dan ia bergantung kepada sumbangan orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya memfokuskan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kerana ramai pihak lebih memberi perhatian kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA).

“Hasrat kita nak buat di seluruh negara. Mana yang kita boleh bantu, kita bantu. Jika ada yang berhasrat beri sumbangan boleh hulurkan ke nombor akaun (Bank Rakyat 111121008732) atas nama Bridged Negaraku dan di ruangan rujukan boleh tulis tabung covid-19,”katanya.

Artikel Berkaitan: