Lebih 17,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Eropah: WHO

WHO
WHO
A
A
A

GENEVA - Sebanyak 17,506 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Eropah dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan 104,591, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Seramai 4,899 pesakit meninggal dunia setakat 23:59 Khamis (2259 GMT), peningkatan 816 kematian berbanding hari sebelumnya, lapor agensi berita Xinhua.

Negara Eropah paling terjejas - Itali, Sepanyol, Jerman dan Perancis, semuanya mencatatkan kes melebihi 10,000 - lebih 80,000 jangkitan, termasuk 4,566 kematian.

Di luar China, wabak maut itu mengorbankan lebih 6,500 orang, jumlah kes kumulatif melebihi 150,000.

Menurut WHO lagi, lebih 230,000 kes dilaporkan di seluruh dunia, termasuk lebih 9,000 kematian.

Enam negara dan wilayah melaporkan kes pertama manakala 96 negara dan wilayah menyaksikan jangkitan antara komuniti.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, wabak Covid-19 setiap hari mencatatkan peningkatan dan semakin tragis.

"Setiap kehilangan nyawa satu tragedi," kata Tedros sambil menyeru semua pihak terus menggiatkan usaha dan melakukan segala yang terdaya untuk menamatkan rantaian jangkitan demi menyelamatkan nyawa.- Bernama

Artikel Berkaitan: