'Bagi alasan mahu bawa keluarga ke i-City'

Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara melaksanakan operasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara melaksanakan operasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
A
A
A

KLANG - Mahu membawa keluarga bersiar-siar di i-City, Shah Alam antara alasan diterima penguat kuasa daripada orang awam yang mengabaikan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ada segelintir memberi alasan mahu melawat keluarga, bawa anak jalan, hendak beli barang, keluar cari makan dan berjumpa rakan diberikan kepada polis dalam Op Covid-19 di daerah Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya juga mengesan masih terdapat segelintir penduduk yang berkumpul, kanak-kanak bermain di padang, jemaah di surau serta tadika yang beroperasi.

"Sepanjang tiga hari Op Covid-19 dilancarkan bermula Rabu lalu, kita menerima 45 aduan panggilan premis yang masih beroperasi.

"Teguran dibuat kepada premis yang tiada kebenaran supaya tutup dengan segera. Bagi premis yang dibenarkan beroperasi pula diarah supaya minimumkan pekerja," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara melaksanakan operasi perintah kawalan pergerakan di daerah terbabit sejak Rabu lalu.
Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara melaksanakan operasi perintah kawalan pergerakan di daerah terbabit sejak Rabu lalu.

Nurulhuda berkata, sebanyak 15 sekatan jalan raya juga dilaksanakan selain pemeriksaan 1,901 buah kenderaan dan 2,492 orang.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Ops Covid-19 ini akan diteruskan bagi memastikan penduduk mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan bagi mengatasi penyebaran wabak virus Covid-19.

"Masyarakat diingatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan, duduk di rumah dan sedar bahaya wabak ini," katanya.