X

Kindly register in order to view this article
!

Pas sokong langkah kerajaan tangani Covid-19

Takiyuddin Hassan
A
A

SHAH ALAM - Pas menyokong penuh segala langkah kerajaan Persekutuan menangani isu koronavirus (Covid-19) yang sedang serius dihadapi negara kini.

Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan meminta semua ahli Pas mematuhi segala arahan dari pihak berkuasa atas dasar kepatuhan agama, bukan hanya setakat kepatuhan undang-undang dan moral semata-mata.

Menurutnya, Pas selain dari membatalkan semua program awam berbentuk perhimpunan dan ceramah sejak pertengahan Februari lalu turut menangguhkan semua mesyuarat agung dan muktamar sehingga ke satu tarikh belum ditetapkan selaras dengan ketetapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

"Justeru itu, Pas menggesa semua rakyat Malaysia supaya akur serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dibuat oleh kerajaan berdasarkan undang-undang serta peraturan berkaitan," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.