Terlepas tembakan, pengawal keselamatan direman

Afzanizar Ahmad
Afzanizar Ahmad
A
A
A

MELAKA - Seorang pengawal keselamatan direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan membabitkan kejadian terlepas tembakan ke lantai yang berlaku di sebuah pasaraya di Banda Hilir, di sini, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku apabila pengawal keselamatan terbabit yang berusia 41 tahun dikatakan sedang mengiringi syarikatnya membawa wang dari sebuah panggung wayang di pasaraya berkenaan.

Ketua Polis daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari semalam.

"Kita menerima laporan daripada Polis Bantuan Element Mall, membabitkan insiden yang berlaku di luar tandas lantai bawah (GF) Zon A. Tembakan yang berlaku mengenai lantai dan dinding dan tidak membabitkan kecederaan serta kehilangan nyawa.

"Begitupun, ada kerosakan berlaku di bahagian lantai dinding mozek yang pecah," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Syarina Shaarani.

Artikel Berkaitan: