X

Kindly register in order to view this article
!

'Sel otak tidak berhubung'

Pub-pub sekitar London masih dibuka dan dipenuhi pelanggan ketika Britain meminta orang awam duduk di rumah bagi membendung penyebaran Covid-19. - Agensi
A
A

LONDON - Kebimbangan tidak dapat berhibur di pub mengatasi kebimbangan dijangkiti koronavirus (Covid-19) apabila golongan muda-mudi di Britain terus mengingkari perintah duduk di rumah ketika negara terbabit mencatatkan peningkatan kes dan kematian akibat wabak maut tersebut.

Sehingga semalam, pub-pub di seluruh negara terutamanya di bawah kendalian rangkaian JD Wetherspoon terus dipenuhi pelanggan.

Di London misalnya, golongan muda-mudi terus berhibur di waktu malam dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Keadaan itu menimbulkan kemarahan Datuk Bandar London, Sadiq Khan yang berjanji akan mengambil tindakan lebih tegas dalam usaha membendung penyebaran penyakit dan kematian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), JD Wetherspoon, Tim Martin mempertahankan keputusannya untuk tidak menutup pub di bawah kendalian syarikatnya selain menyifatkan perintah duduk rumah oleh Perdana Menteri, Boris Johnson sebagai tidak masuk akal.

Malah, Martin menerima kecaman apabila menganggap pasar raya lebih berbahaya berbanding pub kerana orang ramai berpusu-pusu disebabkan mahu membuat pembelian panik.

"Pasar raya lebih sesak berbanding pub. Juga sukar dapat jangkitan di pub berbanding tempat lain.

"Saya fikir orang sekeliling melebih-lebih apabila mahu pub ditutup," katanya.

Susulan kenyataan tidak bertanggungjawab Martin, tanda pagar #BoycottWetherspoon kini trending diT Twitter.

"Pub di London penuh sesak. Mereka sudah hilang akal ke?" kata pengguna Twitter, Zainab.

"Sel otak tidak berhubung," kata J Hyde.

"Tolonglah Boris tutup semua pub," kaya Ethereal.

Setakat ini, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh United Kingdom (UK) mencecah 150 dengan lebih 3,000 orang disahkan positif. - Agensi