RON95 turun 38 sen; RON97 turun 36 sen, Diesel turun 12 sen

Minyak turun lagi
Minyak turun lagi
A
A
A

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun sebanyak 38 sen dan 36 sen seliter berkuat-kuasa tengah malam ini hingga 27 Mac.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 turun 38 sen daripada RM1.82 sen seliter kepada RM1.44 seliter.

Menurut kenyataan itu, harga runcit petrol RON97 turun daripada RM2.10 seliter kepada RM1.74 seliter manakala harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter.

“Harga runcit diesel pula turun sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM1.87 seliter kepada RM1.75 seliter,” katanya.

Kata kenyataan itu, penurunan harga runcit produk petroleum itu disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Di samping itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah sesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan: