4,000 guru takmir dapat elaun penuh RM800: JAKIM

JAKIM. - Foto Sumber Internet
JAKIM. - Foto Sumber Internet
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 4,000 guru takmir seluruh negara dapat elaun penuh sebanyak RM800 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JaKIM), Hakimah Mohd Yusoff berkata, perkara itu susulan daripada kesulitan yang terpaksa di hadapi oleh guru takmir masjid lantikan JaKIM di seluruh negara.

"Ini adalah usaha dalam meringankan bebanan mereka yang tidak dapat melaksanakan tugas mulai pada 18 hingga 31 Mac 2020.

"Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, telah bersetuju supaya pembayaran elaun penuh iaitu sebanyak RM800 diteruskan kepada guru takmir walaupun sesi pembelajaran tidak dapat diadakan sepanjang tempoh tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hakimah berkata, ia merupakan sebahagian inisiatif #musaadahcovid19 yang diperkenalkan oleh Menteri bagi meringankan beban pihak yang terjejas dengan wabak koronavirus (Covid-19).

[ARTIKERL BERKAITAN] - Menteri Hal Ehwal Agama gerak Misi #MusaadahCovid-19

Artikel Berkaitan: