Bekalan topeng muka di Alor Setar habis stok

Notis di sebuah farmasi yang memaklumkan bahawa bekalan topeng muka kehabisan stok.
Notis di sebuah farmasi yang memaklumkan bahawa bekalan topeng muka kehabisan stok.
A
A
A

ALOR SETAR - Bekalan topeng muka di beberapa farmasi di sekitar Bandar Alor Setar di sini didakwa kehabisan stok berikutan kebimbangan orang ramai terhadap penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata farmasi tidak lagi menjual topeng muka kepada orang ramai kerana kehabisan stok.

Pengusaha Farmasi Derga, Saparman Abu, 57, berkata, bekalan topeng muka di premisnya sudah lama habis sejak gelombang pertama wabak tersebut.

"Sejak Covid-19 menular di Wuhan lagi, topeng muka laris di farmasi sampai kehabisan stok.

"Sudah hampir sebulan kami terputus bekalan topeng muka untuk dijual kepada orang ramai," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Bagaimanapun katanya, orang awam boleh mendapatkan bekalan topeng muka di farmasinya yang beroperasi di Jalan Datuk Kumbar di sini esok.

"Insya-ALLAH, esok bekalan topeng muka ada selepas kami menerima bekalan, namun stok agak terhad dan tidak banyak," katanya.

Pada Januari lepas, Sinar Harian melaporkan jualan topeng muka di beberapa farmasi di sekitar Bandar Alor Setar di sini laris hingga kehabisan stok susulan kebimbangan orang ramai terhadap jangkitan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, permintaan orang awam terhadap topeng muka naik mendadak dan dalam kuantiti banyak.