997 cecair pembasmi kuman diserahkan kepada subkontraktor KDEBWM

Penyerahan cecair pembasmi kuman
Penyerahan cecair pembasmi kuman
A
A
A

SHAH ALAM – KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) hari ini mengedarkan sebanyak 997 botol cecair pembasmi kuman kepada semua subkontraktornya bagi kegunaan pemandu lori Kompaktor dan RORO, krew kutipan dan juga penyelia.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, penyerahan cecair pembasmi kuman ini adalah adalah inisiatif KDEBWM sebagai langkah pencegahan koronavirus (Covid-19) yang kini semakin menular di negara ini.

“Pekerja subkontraktor termasuk pemandu lori Kompaktor/RORO, krew kutipan, penyelia hendaklah sentiasa memakai Alat Perlindungan Diri (PPE) dan menggunakannya semasa menjalankan tugasan.

“Warga kerja dan semua pemandu/ krew subkontraktaktor kutipan sampah dinasihatkan untuk mengurangkan kontak dengan orang awam. Untuk tujuan tersebut, semua warga kerja dan krew subkontraktor digalakkan membawa sendiri makanan ke pejabat dan tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramli berkata, semua warga kerja dan krew subkontraktor dinasihatkan tidak terlalu lama di premis awam tanpa tujuan sebaliknya menumpukan perjalanan dari lokasi rumah ke tempat kerja dan pejabat kerajaan yang berkaitan sahaja.

“Bagi warga kerja di ibu pejabat, bolehlah membuat tugasan dari rumah dan tidak meneruskan temu janji atau mesyuarat dengan pihak luar di pejabat sehingga keadaan wabak stabil,” katanya.

Artikel Berkaitan: