X

Kindly register in order to view this article
!

Kluster baharu Covid-19 dikesan di Korea Selatan

Langkah nyahjangkit dilakukan di sebuah kereta api untuk membendung penularan Covid-19 di Seoul. - Foto AFP
A
A

MOSCOW - Sebanyak 152 kes baharu koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Korea Selatan pada Khamis berikutan satu kluster jangkitan dikesan di sebuah rumah penjagaan orang tua di Daegu, lapor agensi berita Sputnik.

Sebelum ini, Korea Selatan mencatatkan jumlah kes di bawah 100 selama empat hari berturut-turut.

Kerajaan Daegu mengumumkan 57 warga emas dan 18 kakitangan perubatan di rumah kebajikan itu telah dijangkiti.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) mengatakan tujuh kematian dicatatkan dalam masa 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan 91 orang. Jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 1,947.

Wilayah Daegu dan Gyeongsang Utara masih dikategorikan sebagai zon bencana, tetapi jumlah kes baharu tidak sebanyak yang dilaporkan pada akhir Februari lalu mencecah 900 kes sehari. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!