Polis gesa masyarakat tangguh aktiviti riadah

Mohamed Mokhsein beramah mesra dengan pengunjung di Terminat Bersepadu Selatan, di sini, hari ini.
Mohamed Mokhsein beramah mesra dengan pengunjung di Terminat Bersepadu Selatan, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis menggesa orang ramai supaya menangguhkan semua aktiviti riadah sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, terdapat masyarakat yang menimbulkan persoalan berkenaan aktiviti riadah seperti berbasikal, senaman dan tai chi di kawasan rekreasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya menasihati masyarakat supaya melakukan aktiviti senaman di rumah sahaja dalam tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam hingga 31 Mac ini.

"Masyarakat disarankan duduk sahaja di rumah, jangan keluar tanpa alasan yang mendesak atau kecemasan,” katanya selepas rondaan beliau bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sekitar daerah itu, hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, masyarakat harus mengambil peluang bersama keluarga di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan itu.

“Selama ini kita sibuk bekerja tanpa mengira waktu.. Sabtu dan Ahad bekerja, ini lah masanya Tuhan bagi peluang untuk kita bersama dengan keluarga, duduk lah di rumah, luang masa berharga bersama keluarga,” katanya.

Artikel Berkaitan: