X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat tanpa pakaian ditemui terapung

Mayat tanpa pakaian itu dijumpai dalam keadaan reput dan terapung di Empangan Sungai Rasa.
A
A

RASA - [VIDEO] Balai Polis Rasa menerima panggilan dari Bilik Gerakan (DCC) Hulu Selangor berhubung penemuan satu mayat terapung di Empangan Sungai Rasa, jam 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mayat berkenaan dinaikkan ke darat dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),

Menurutnya, mayat berkenaan tidak berpakaian dan reput disyaki meninggal dunia hampir empat hingga lima hari lalu.

"Identiti dan jantina mangsa masih belum dikenal pasti dan mayat tersebut dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya.

#huluselangor #rasa Satu mayat reput dijumpai terapung dalam keadaan tanpa pakaian di Empangan Sungai Rasa, pagi tadi. Gambar penemuan mayat itu tular di media sosial. Laporan: MOJO Sinar Harian Selangor MOHD RIDZUAN ABU HASSAN

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Monday, January 14, 2019