X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih 8,000 polis ditugaskan pantau pergerakan masyarakat

Abdul Hamid meninjau sekatan jalan raya Ops Covid19 di Kampung Pandan Pudu hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 8,600 anggota polis di seluruh negara ditugaskan bagi memantau pergerakan masyarakat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, anggota polis ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan sambil mengingatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan berikutan wabak koronavirus (Covid-19).

"Kita sibuk melakukan pemeriksaan serta mengadakan sebanyak 504 sekatan jalan raya di seluruh negara bagi memberi nasihat kepada masyarakat agar patuh terhadap Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak semalam sehingga 31 Mac ini," katanya ketika ditemui selepas meninjau sekatan jalan raya yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju di Kampung Pandan di sini hari ini.

Abdul Hamid berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan pihak berkuasa supaya virus itu tidak terus merebak.

"Setakat ini, tahap kesedaran dan kerjasama dalam kalangan orang ramai meningkat.

"Kita dapati hanya 60 peratus masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, saya berharap peratusan itu dapat ditingkatkan daripada 60 peratus kepada 70 peratus malam ini selepas analisa baru dilakukan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!