X

Kindly register in order to view this article
!

'Hand sanitizer' hospital pun nak rembat!

Pelayar Twitter dikecam netizen gara-gara dipercayai mengambil cecair pembasmi kuman dari hospital. Tular status di laman sosial apabila cecair pembasmi kuman di hospital berkurangan.
A
A

SHAH ALAM - Penggunaan cecair pembasmi kuman sangat digalakkan kepada orang ramai dalam mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Namun ada segelintir masyarakat tidak bertanggungjawab dipercayai telah mengambil cecair pembasmi kuman dari hospital hingga menjadi bualan hangat netizen.

Dimuat naik di Twitter dengan kapsyen, "Ambil di hospital je percuma" dikecam netizen.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada perkara berkenaan benar berlaku dan sengaja mencuri atau sekadar gurauan.

Netizen dikenali Shaf berkata, pembasmi cecair itu adalah hak milik kerajaan dan perkara sedemikian tidak wajar berlaku.

"Pergi hospital tu duduk diam-diam. Jangan nak mencuri. Curi mask dan cecair pembasmi kuman, itu hak kerajaan." katanya.

Menurut Vivayu, "Sikap pentingkan diri sendiri seperti ini akan memudaratkan. Ada orang seperti kamu ni yang menyebabkan virus menular."

Bagi Suhana pula berpendapat botol cecair pembasmi kuman itu perlu tertulis hak milik kerajaan bagi mengelakkan perbuatan itu berulang kembali.

"Tulis pada botol, hak milik kerajaan. Sekurangnya dapat tingkatkan rasa bersalah orang itu dan bagi rasa segan bila nak letak di mana-mana.

"Ini salah satu usaha, kurangkan kecurian. Kecurian akan ada, tetapi kita mesti buat langkah supaya ia dikurangkan." katanya lagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!