Pasangan warga emas maut dirempuh kereta

Anggota bomba menyelamatkan pasangan suami isteri yang maut selepas dirempuh sebuah kereta dan seorang daripadanya terperosok di bawah runtuhan pondok bas di Batu 35 Jalan Johor-Pontian, Pontian, Johor, hari ini.

A
A
A

PONTIAN - Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan ngeri membabitkan motosikal dan sebuah kereta di hadapan sebuah stesen minyak di Batu 35 Jalan Johor-Pontian di sini hari ini.

Ketika kejadian pada jam10.12 pagi itu, rempuhan kereta Jenis Honda Accord itu mengakibatkan salah seorang mangsa terperosok di bawah runtuhan pondok bas.

Mangsa, Goo Yen See, 69, yang menunggang motosikal Honda Wave tercampak ke dalam longkang manakala isterinya, Soh Choon An 67, diseret bersama-sama motosikal sehingga merempuh pula sebuah pondok bas berdekatan.

Pemandu kereta itu, Mohd Nazirul Nizar Arbaen, 27, mengalami cedera ringan dan diselamatkan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Pontian manakala pasangan warga emas itu pula mendapat bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II, Samad Kijan berkata, seramai enam anggota dengan satu jentera dari BBP Pontian Baru dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian Pegawai Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan mendapati kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.

"Operasi tamat pada jam 11.02 pagi selepas kedua-dua mayat dikeluarkan sebelum diserahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: