DBKL kuatkuasa tindakan premis langgar Perintah Kawalan Pergerakan

Peniaga yang dikenakan tindakan selepas dikesan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam.
Peniaga yang dikenakan tindakan selepas dikesan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguatkuasakan penutupan semua perniagaan yang dianggap tidak penting di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Unit media DBKL menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan selain diarah menutup kedai serta-merta, pemilik premis turut diberi notis peringatan.

"Pemantauan dan tindakan sama akan diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu sehingga 31 Mac ini dan semua pihak perlu patuh dan memberi kerjasama sepanjang tempoh itu," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Covid-19 yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen menasihatkan rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah bagi menghindar dari jangkitan wabak.

"Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, bukan untuk balik kampung, penuhi jemputan kenduri, beli-belah di pasar raya, bersiar di taman atau bercuti di taman peranginan.

"Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan ialah supaya anda duduk di rumah," katanya.

Artikel Berkaitan: