Covid-19: Majlis nikah tidak lebih 20 minit jika di premis persendirian

Sallehuddin
Sallehuddin
A
A
A
KUANTAN- Majlis akad nikah boleh diadakan di premis persendirian dan tempohnya tidak melebihi 20 minit.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, arahan itu dikeluarkan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam sehingga 31 Mac ini.

"Dalam situasi sekarang,pihak kita tidak benarkan sebarang majlis akad nikah diadakan di tempat awam seperti masjid, surau dan seumpamanya.

"Tetapi majlis tersebut hanya dihadiri individu yang berkeperluan dan kehadiranya tidak melebihi 10 orang serta perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Polis daerah iaitu permit Pengecualian Kawalan Pergerakan dan

selepas memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempat) dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua permohonan berkaitan kebenaran perkahwinan,perceraian dan rujuk hendaklah ditangguhkan sepanjang tempoh berkuatkuasanya perintah tersebut.

Sebelum itu, Sallehuddin berkata, Penganjuran Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Pahang

(MBKPI) juga ditangguhkan pada tarikh lain.

Beliau berharap semua pihak akur dan mematuhi arahan sepanjang tempoh berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan demi menjaga maslahah umat Islam khususnya berkaitan isu penularan koronavirus (Covid-19).
Artikel Berkaitan:


"Perintah ini berkuat kuasa serta- merta. Mana-mana penganjur yang didapati melanggar arahan pekeliling ini

akan diambil tindakan oleh pihak jabatan," katanya.