#viral Tanda pagar #dudukrumah trending di Twitter

Twitter MyAman Malaysia memberi khidmat nasihat kepada orang ramai untuk #dudukrumah.
Twitter MyAman Malaysia memberi khidmat nasihat kepada orang ramai untuk #dudukrumah.
A
A
A

SHAH ALAM - Ciapan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin di Twitternya mendapat perhatian netizen di media sosial sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Penyanyi terkenal itu tidak ketinggalan memberi mesej dan nasihat kepada orang ramai supaya terus berada di rumah.

"Pengawalan Pergerakan. Duduk Di Rumah. Stay At Home. Tolong jangan sebarkan lagi virus ini." selain kata-kata "Saya sayang anda menarik perhatian netizen.

Memasuki hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan, tanda pagar #dudukrumah kini trending di Twitter.

Siti juga memberi nasihat kepada orang ramai untuk terus berada di rumah.
Siti juga memberi nasihat kepada orang ramai untuk terus berada di rumah.

Sehingga kini lebih 30,000 ciapan sehingga jam 12.40 pagi ini dan jumlah terus meningkat setiap masa.

Ramai netizen menggunakan #dudukrumah sebagai ingatan kepada mereka yang masih ingkar arahan dalam tempoh dua hari Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan selain wabak Covid-19 yang meningkat setiap hari di negara ini dan mencapai 738 kes sejak semalam.

Tidak ketinggalan, Twitter MyAman Malaysia menyarankan orang ramai berada di rumah seperti mana saranan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

"Kami bertugas di luar untuk bantu anda. Anda bantu kami dengan duduk di rumah. Jangan ke mana-mana jika bukan urusan penting. Duduk di rumah demi keselamatan anda dan masyarakat. Inilah cara kita saling tolong-menolong," ciap pentadbir itu.

Galakkan #dudukrumah dengan mesej untuk orang ramai seperti "I stay at work for you, you stay at home for us" (Kami bertugas di luar untuk bantu anda. Anda bantu kami dengan duduk di rumah.") sentiasa diulang kongsi oleh netizen.

Netizen menggunakan #dudukrumah dan beberapa tanda pagar lain yang perlu diketahui masyarakat dalam menbendung wabak Covid-19.
Netizen menggunakan #dudukrumah dan beberapa tanda pagar lain yang perlu diketahui masyarakat dalam menbendung wabak Covid-19.

Rata-rata mereka berkongsi aktiviti yang dilakukan ketika berada dI rumah, antaranya memasak, membaca buku, bermain bersama anak-anak kerana Perintah Kawalan Pergerakan secara tidak langsung dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga.

Mereka juga amat berharap orang ramai ambil serius Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung penularan jangkitan Covid-19.