Rakyat Malaysia sertai himpunan tabligh di Indonesia diarah kuarantin

Hishammuddin
Hishammuddin
A
A
A

SHAH ALAM – Kumpulan tabligh yang menyertai himpunan Ijtima Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi Indonesia wajib menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela atau ‘self quarantine’ selama 14 hari.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya dimaklumkan ada sebilangan jemaah tabligh dari Malaysia yang menyertai himpunan itu ketika banyak negara sedang melakukan pencegahan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Harus melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari; selaras dengan #PerintahKawalanPergerakan negara,” katanya lagi,” katanya menerusi Twitternya hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang turut menerima banyak mesej mengenai perhimpunan terbabit lega selepas pihak berkuasa Indonesia membatalkan perhimpunan berkenaan.

“Ramai mesej saya tentang perhimpunan tabligh di Indonesia semalam kerana risau ia merebakkan Covid-19, khususnya kepada rakyat Malaysia yang hadir.

“Lega, pihak berkuasa dan penganjur telah putuskan untuk tangguhkan perhimpunan di Gowa tersebut,” katanya.

Hari ini, pihak berkuasa dan penganjur perhimpunan jemaah tabligh di kawasan itu menangguhkan acara yang dijadualkan berlangsung di Gowa berhampiran bandar Makassar selepas acara sama di Malaysia mencetuskan ratusan kes jangkitan Covid-19.

Keputusan itu diambil susulan kebimbangan penularan jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Ketua Daerah Gowa, Adnan Puricha Ichsan berkata, acara Ijtima of Asia 2020 di Indonesia yang dijadualkan berlangsung hari ini hingga 22 Mac dibatalkan.

Katanya, ribuan peserta dikuarantin sebelum dibenarkan pulang ke kediaman atau negara masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN Rakyat Malaysia dipercayai sertai himpunan tabligh di Indonesia

Perhimpunan tabligh di Indonesia dibatalkan