Media bahasa asing perlu lebih bertanggungjawab

Mazlan
Mazlan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesan satu artikel yang diterbitkan sebuah akhbar bukan berbahasa Malaysia berkaitan kejadian anggotanya yang dikatakan positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, polis memandang serius perkara itu dan mahu semua yang berkaitan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak berlaku percanggahan maklumat.

“Pihak media juga diminta lebih bertanggungjawab melaporkan berita dengan mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama mana-mana Pegawai Kanan Polis tanpa pengetahuannya,” katanya melalui kenyataan media hari ini..

Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Mazlan berkata, pihaknya sudah mengaturkan penugasan anggota dan pegawai untuk sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke atas individu yang didapati tidak mematuhi arahan kerajaan.

Katanya, polis akan menasihatkan individu berkenaan untuk berada di rumah masing-masing kecuali yang berkhidmat dalam ‘Essential Services’ disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Kita akan terus memantau aspek keselamatan dan komited menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang tempoh 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 bagi membendung Covid-19 daripada terus merebak,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: